Ku hilang kawalan,
dikala diri berada diatas normal,
lakaran ku seperti sukar dinyata,
minda terkesima ketika berkarya,
kertas putih dituangkan acuan,
segala nilai tercurah,
mentafsirkan pelbagai persepsi,
minda pula terhenti berexperimentasi,
lakaran anak muda,
tiada berwajah,
biar terkenal dan ternilai,
bukan berdasarkan wajah,
karya agung terhasil,
kesan daripada titik peluh,
satu titik warna,
seribu perkataan,
ramai mencari nama,
terpapar wajah di medium utama,
mereka kelaparan mencari nama,
bukan mencari nilai karya,
cubalah...