Ku hilang kawalan,
dikala diri berada diatas normal,
lakaran ku seperti sukar dinyata,
minda terkesima ketika berkarya,
kertas putih dituangkan acuan,
segala nilai tercurah,
mentafsirkan pelbagai persepsi,
minda pula terhenti berexperimentasi,
lakaran anak muda,
tiada berwajah,
biar terkenal dan ternilai,
bukan berdasarkan wajah,
karya agung terhasil,
kesan daripada titik peluh,
satu titik warna,
seribu perkataan,
ramai mencari nama,
terpapar wajah di medium utama,
mereka kelaparan mencari nama,
bukan mencari nilai karya,
cubalah berlaku iklas,
dalam melakar berkarya,
mengukir segala nilai agung,
karya dari Maha Esa.
#aku bukan lah manusia yg terbaik untuk dijadikan pedoman dan penasihat tetapi aku hanya ingin meluahkan segala perkataan yang tersirat di dalam sanubari...
#ramai mereka berkarya bukanlah untuk menghasilkan karya terbaik tetapi hanya ingin mencipta nama dipersada utama...
#meraka bangga, bongkak, dan sombong apabila mendapat pujian..
sifat seperti merendah diri perlulah diterapkan oleh setiap anak seni supaya ktia lebih dihormati, disayangi dan di dekati...
#orang dahulu pernah berkata.."Seperti buah padi, makin berisi makin rendah" jangan seperti lalang, "makin lama makin tinggi "
#oklah aku pun pesan kat diri aku jugak...aku pun banyak jugak buat silap....
yang baik tu dari ALLAH, yang buruk tu dari aku lahhhh....
k... chow chi chow...
0 sepak:
Post a Comment